Bahasa : malay | english

Pesanan dari Ketua Kumpulan Penyelidikan

Selamat datang ke kumpulan penyelidikan Pemprosesan Bahan dari Laboratori Pemprosesan Bahan dan Teknologi, Institut Teknologi Maju (ITMA), Universiti Putra Malaysia (UPM). ITMA bermatlamat  mempromosikan penyelidkan bahan dipelbagai bidang dengan cara memberi fokus kepada pemprosesan bahan. Ia merupakan bidang penyelidikan baru dan menjadi mentor kepada pelajar-pelajar dalam bidang sains dan kejuruteraan bahan.

Pemprosesan bahan secara meluasnya dibangunkan untuk mempertingkat prestasi dan menambah jumlah pengeluaran bahan termaju. Kumpulan ini juga menjalankan penyelidikan lanjutan dalam pemendapan wap kimia (CVD), Pengelektroenapan, Bendalir Kritikal, Electrospinning, Teknik Hidroterma, Ketuhar Gelombang Mikro, Milling, Pemprosesan Graphene dan Pemprosesan Minyak Sawit.

Saya berharap kumpulan penyelidikan ini akan menjadi pencetus kepada permulaan tradisi penyelidikan dan inovasi dalam bidang sains bahan. Kami akan terus memainkan peranan utama dalam bidang ini untuk pengukuhan ITMA di UPM.


Kemaskini Terakhir : Thu, 08 Oct 2015 (marzieana1)